Tuesday, September 01, 2009

:: Dua Tiga Hari Ni ::

Assalamualaikum...
Sebenarnya banyak sangat aku nak cerita pasal dua tiga hari ni. Tapi, aku cerita pasal Razi dan Izzat lah dulu. Diorang kena chicken pox. Serentak......................huhuhuhu..
Razi dan Izzat kat klinik kat Sentul, Klinik Al-Ikhwan. Masa ni Razi tak kena lagi chicken pox. Izzat je.

Sempat lagi nenek dan mak su bawak naik mainan giyang2 ni kat depan kedai runcit. Izzat perhati je abg Razi naik.

Dapat gak Izzat naik, nenek belanja ye. Hehe..

Hari ni aku EL ler...3 hari sampai ke hari Khamis. Rasa lama betul bercuti. Start dari hari Jumaat sampai Khamis ni. Best tu memangla best. Tapi cian ngn Razi dan Izzat, duk meragam badan gatal. Tak tidur malam aku. Mak mertua aku pun agaknya tak tidur malam jugak duk menjaga Razi. Razi kena hantar ke rumah nenek dia, kalau aku nak menjaga dua2 orang chicken pox ni. Nanti kalau aku tak meroyan, aku lak yang kena chicken pox nanti. Haha.. Sebab Razi nye manja lain macam. Yela, tengah sakit, kan. Badan lenguh2, tak sedap...Semalam gi tengok Razi kat rumah mak mertua, dia nampak je muka aku ni, terus meragam. Takleh aku pegang Izzat. Ciannye, alahai...Nak tidur rumah mertua, tapi Izzat pun leh tahan gak meragam tak mau tidur, aku cancel. Kesian Razi kena tinggal lagi dengan nenek dia. Kat mak mertua aku pun kesian gak, nanti nak kena belanja ni. Kesian sebab tangan dia dah patah sebelah (masa accident kereta dulu, tangan sebelah kanan dari bahu ke lengan kena masuk besi). Tapi,aku tengok dia leh dukung Izzat, dukung Razi rilek je. Macam orang tangan tak patah.
Konpius gak mana dapat chicken pox ni. Tanya kat taska dorang cakap takde budak yang kena pun. Semalam tiba-tiba je abang cakap "Entah-entah korang ni dapat chicken pox dari ayah kot...." Rupa-rupanya yang abang duk cakap bdan dia gatal-gatal, badan penat, asyik tidur je, rupanya tengah kena chicken pox. Sabo je ler aku ni ha..Dah tua-tua pun kena chicken pox lagi. Alahai...Pembawa pendiam lak tu. Tak tahu pun dia chicken pox, dia sendiri pun tak tahu, aku lagi lah tak tahu. Dah kena kat budak2 ni. Alhamdulillah kena serentak. Senang gak, takde lah nanti susah aku nak ambik El. Jangan pas budak2 ni sembuh, aku lak yang kena chicken pox lak. Hahaha..
Hari Jumaat lepas, aku balik kampung arwah pak long aku kat Felda Gunung Besout 1. Arwah meninggal pagi Jumaat, pukul 3.30 pagi disebabkan sesak nafas. Arwah ada kanser pundi kencing. 10 hari kat Hospital Besar. Seminggu sebelum tu kat Hospital Selayang. Tapi masa kat Hospital Selayang lagi, doktor dah kata memang tak lama dah. Sebab dah merebak. Doktor nak buang pundi kencing tu. Tapi, kalau dah buang kena pakai kantung plastik la kat luar. Entah ar, maybe dah sampai masa arwah Pak Long. Terkilan gak sebab aku tak ziarah dia masa kat Hospital Besar.Cuma masa dia kat Hospital Selayang je aku smepat gi tengok. Tak sangka lak cepat sangat kanser tu merebak. Mak Long kata, cancer tu dah sampai ke paru-paru. Tu yang arwah sesak nafas tu. Rezeki Pak Long meninggal di bulan Ramadhan, hari Jumaat lak tu. Moga roh arwah Pak Long dicucuri rahmat Allah. Aminn...Al-fatihah..
Hari ni aku EL kat rumah, lehla update sikit blog dan kedai. Insya Allah ada stok baju labuh. Nanti aku upload gambo eh. Mekasih eh korang, sudi baca blog aku yang entah apa2 ni dan sentiasa bagi sokongan pada aku kalau aku meluahkan perasaan. Aku sayang korang..(Ewah..tiba-tiba jiwangla pulak,kan.Hehehe..)
~ s u h i d a ~

9 comments:

Ummi Nuhlan said...

kesiannya razi n izzat.
sue..hang pi cari daun mambu..bagi mandi dengan air daun mambu..insyallah

suhida said...

imah : dah buat mandi dah pun.pastu alas tempat tidur izzat dengan daun tu.klu ikut mak mertua aku, kena taruk kat pintu. tak tau ar. pernah dengar ke?

fazilzura said...

kalau anak2 lum penah kene ... jgn dekat kan dgn org yg tgh kene ciken pox.. compom jangkit punye..
yg haru nye dua2 serewntak plak kene yek .. aduyaii..

ko g mandi kan dgn air daun semambu tu .. wat mandi dgn tido (alas)..
kalau x sian weh , budak2 mana tahan miang2.. kasi minum air kelapa skit

Ibu Mifzal said...

alahai..siannya izzat nga razi..kena chicken pox..aku pun seriau ni..sbb mifzal lum kena gak lg..mintak dijauhkan la..

oit su..pi Besout x singgah umah aku..umah aku skt nga pekan sungkai tu la..hehe...

suhida said...
This comment has been removed by the author.
suhida said...

zura : aduhai..nak wat cane.takpe kena serentak.kurang ckit el aku..hehe..yg ayah dia pun tak tahu dia sndiri chicken pox cane.haru tul..sabo je le aku.yg haru tu razi la.sblm ni dah kena cmpk 2 kali.ni kena chicken pox la..hai..
ainey : huhu..ha ah tak teringat pun.tp nak singgah pun,kitorg pun rushing balik kl sblm kul 5 sbb nak amek razi izt dari taska.takpe,insya allah ada rezeki lain kali ye ainey.hehe..

[I][T][A] said...

kesiannyer.... semoga cepat sembuh...

Jue @ atanayuiman said...

erm.. dua-dua skali kena c. pox ek.. iman pun baru aik demam tumbuh gigi...

Mrs. Simplicity said...

2 3 hari ni, 2 3 org sakit ye sue. laaa ayah dia pun baru nak kena la. patut la anak2 pun kena. serentak lak tu. nasib budak ni kalau kena chicken pox cepat recover kan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...