Assalamualaikum...
Pagi tadi dapat sms dari mak.
" Abah kat hosp selayang. Kena patuk ular smlm. Tp Insya Allah, hari ni kuar "
Terkujat kejap sebab baru bangun. Terbeliak biji mata aku baca sms. baca 2,3 kali lak tu. Alhamdulillah, tak jadi apa2. Ular yang patuk tu ular tak bisa. Alkisahnya, semalam abah baru balik dari Shah Alam dengan abg ju. Elok abah keluar je kereta, dan berjalan nak masuk rumah. Tiba-tiba rasa ada benda kat selipar. Tengok2 dah kena patuk ular. Gi hospital, doktor kata ular tu jenis tak berbisa. Ishh..Alhamdulillah....Macamne lah ular tu boleh nak patuk abah? Tipon abah tadi,
"Abah camne?"
"Ok..doktor kata petang nii atau esok bleh balik"
"Sape jaga abah tu.."
"Takde sape. Takpela,bukannya apa pun..takyah datang tengok pun, abah takde apa2.."(Alahai sedih aku dengar..)
Kata abah doktor suruh stay lagi sampai petang ni atau esok. Maybe doktor nak monitor lagi kot. Ataupun memang prosedur hospital macam tu. Berbuka kat spital le hari ni..Cianlah... (Aku takleh bayangkan lah, kalau ular tu ular berbisa..)
Hari ni hari last aku EL kat rumah. Esok dah naik keje dah. Nasib baik masuk Jumaat, hari Sabtu dah cuti balik. Ngee...Melambak2 la keje aku ni. Nak kena catch up. Huhu...Esok mesti jumpa muka orang tak puas hati aku cuti lama2 ni. nak buat cane, buat muka stone je lah. Lantak korang lah. Cuti aku, bukan ambek cuti korang pun. Huhu...Macam2 ragam manusia kat opis aku ni. Sabar je ler..Nasib baik opis dekat dengan rumah.
* Petang ni nak gi rumah mak mertua. Rindu sangat kat Razi. Rasa mcm nak bawak balik je malam ni. Mak rindu kat Razi.....huhu...
7 comments:
Ya allah...nasib baik laa ular tu tak berbisa...
HAH KENE PATUK ULOR???
sib baik xdak apa2 ..
Ya Allah...Gerun baca cite su..nasib tak ada apa-apa..mana ular tue datang yea?abah su tak perasan kot..gerun dgr..
sue! aku mmg fobia ular ni. dgr perkataan ular pun da naik bulu roma. syukur ayah ko tak kena patuk dgn ular bisa. cmne leh ade ular kt situ lak ek. telepas gak nye.
eiii takut aku kat ular. tgk kt tv terus tuka channel. jgn la bg aku ular mainan tu.mmg nak kena la org tu.
alahai, mak rindu razzi nampaknya... :)
cam ane ulor tu sesat ke memain kat kaki abah..tapi alhamdulilah ular tu tak bisa kl tak....susah kan,,,takut pun terkejut baca n3 ni...ular kan mana boley memain..kat umh mimi pernh ulr dtg tepi longkang berbisa ular senduk tedung...abg dan jiran2 pakat duk bunuh dia kl tak takut gak dtg lg kl usir cam gtu...takut ular ni..
tu la psl..alhamdulillah,tak berbisa.
syukur x de apa2 kat abah ko ye sue..
ish aku pun geli gan takut kat ular,,
Post a Comment