Assalamalaikum....
Aku ni asyik cerita pasal Razi je. Kali ni aku nak cerita pasal Izzat pulak....Dalam usia 1 tahun 9 bulan, aku rasa Izzat cepat jugak bercakapnya. Walaupun dia cuma pandai sebut sepatah perkataan je. Contoh perkataan-perkataan yang Izzat dah boleh sebut.
- Mak semestinya heheehe, Ayah, Razi, Opah, Nenek, Atuk, Dadak, Anaaaa (cikgu kat taska).
- Bas, Yeye (Lori sebenarnya..pelat lagi).
- Kakak.
- Bird.
- Akummm.... Assalamualaikum, tak pandai sebut panjang lagi.
- Go! Stop! (Aku ajar kalau kat trafik light sebut kalau Red, Stop. Green, Go. Dah pandai dah dia tengok lampu hijau, disuruhnya kita GO! Hehehe..)
Pastu nak susu, (perkataan wajib) dan perkataan favourtie dia hari-hari : gatal, garu. Pandai sebut bukan apa. Tiap-tiap malam mesti suruh kita garu badan dia. Perkataan-perkataan ni dia dah pandai sebut tak silap aku dah lama dah. Aku tak ingat bila. Pandai mengadu kalau badan dia gatal, dia suruh garu. Baru nak garu kat kepala, ditunjuknya kat leher pulak gatal "Makkk..gatal..gatal...garu...". Baru nak garu kat leher, ditunjuknya kat bontot pulak. "Gatal..gatal..." Kalau nak melayan Izzat menggaru badan dia memang tak habis ler. Habis satu badan disuruhnya garu. Aku ingat, aku je yang jadi tukang tolong garu dia. Rupanya cikgu kat taska pun kena jadi tukang garu dia. Sabo je ler.
"Nanti dah besar, mak mintak tolong garu badan mak, jangan marah2 mak eh." Kekekeke...
* Rasa macam nak demam lagi hari ni. Nak muntah pun ado ni. Huhu..
~ s u h i d a ~

9 comments:
Salam, sue ..bior aku jd org pertama komen yer... semoga izzat membesar dgn sihatnyerr.. Go! Go! Izzat..Pstt Pstt awathif kem salam.... awathif lom nk tido lg even jam sudah menunjukkan kol 00:45 bersamaan 4julai 2010
a'aa kn su,mmg best kn bile ank2 kite dpt ckp,blom lg campur ngan gelagat & karenah masing2,hepi sgt kite sbg ibu kn...mcm sara skang ni byk2 sabo je la byk tul pot pet pot petnyer ;-)
e;in:insya allah.hrp2 izt sihat sntiasa.tu awtf da tdo ke lum tu.da kul 1 pagi ni.huhu..
kak da:huhu..itu ler.susah gak na melayan.skg lagi ler.dah ada dua mulut nak berckp.sabo je ler. :) tp seronok tgk anak2 da pandai berckp dan mcm2 lagi.alhamdulillah.
haish, sama la dgn nia ni, kalau dah nak tido ni dia soh garu. tp izzat lg terror sebut garu, nia sebut gatal2 jek. maknanye kena garu lah tuh. mak tu wajib ye! :)
kalau fahim nak tidur dia minta uyut..maknanya urut badan dia nak tido hehheh
alya:itu ler.anak2 mcm2 ragamnya.tp lebih kurang sama je.kdg2 pening kepala dibuatnya.baru 10 minit lelap,terbangun disuruhnya garu.hai anak...
rynas:mintak urut tu lagi pening gayanye tu.hehehe..
sonok bila ank dah start cakap ni kan su..walaupn kadang2 tah pape yg di cakapknnya...heheh...ank ai pun siap nk suh garu kalau tido gaks...mmg budak2 mcm tu kot skang nih...
sweatnyer Izzat, tak sabor nak tunggu anak besar gak, cam happening jer........
mummyar:nape ek suruh mintak garu?klu garu 1 tmpt je,takpe.ni satu bdn disuruhnya garu.mmg haru.
yu'xan:hik3..kejap je nnt sedar2 tgk anak2 da besar.
Post a Comment