Wednesday, January 28, 2009

:: Extra Happy ::

Assalamualaikum...
Isnin lepas kitorang keluar beramai-ramai dengan famili mak mertua sekali. Abang day off, so saja jalan-jalan. Pergi makan ikan bakar kat Jalan Bellamy. Ingatkan tutup sebab Raya Cina tapi bukak jugak.. Alhamdulillah. Frust jugak aku sebab ayam bakar dah abis. Lama tak makan ayam bakar kat situ. 
Mak and cik Lily.
"Ala..cian Izzat, duduk dalam stroller je" cakap abang Razi.
Kejap je dah besar..Huu..
Sampai kat Ikea dah pukul 4 petang tapi padat sungguh. Ingatkan Raya Cina tak ramai orang, tapi ramai jugak orang. Huhuhu... Compare Ikea sekarang dengan Ikea 10 tahun dulu, beza tul orang punya crowded. Dulu takde lah seramai macam hari ni. Orang dah mampu membeli kot..
Aku suka scheme colour macam yang ada kat space dalam gambar kat bawah ni. Tengok makcik tu buat macam rumah sendiri pulak. Hehe.. Mesti tengah berangan punya tu. Siap silang kaki letak atas kerusi lagi. Betul tak aku cakap diorang ni buat macam rumah sendiri je. Harhar~
Abang punya ayat. "Abang suka kalau kat depan nanti macam ni..Ada kabinet, kerusi macamni je.Pastu ada rak nak letak buku. Nak letak buku kite ke, buku budak2 ke..So,ada tempat buku nanti.."
Ecece...Aku nak tergelak je dengar dia cakap camtu. Tapi anggukje la.. Terusik gak hati sebab bersungguh2 dia cerita kat aku dia nak uma tu cane nanti. Seronok tengok abang excited camtu. (sebab jarang nak nampak dia excited).
Sampai kat kitchen section lak. Abang terminat lak dengan konsep dapur cam kat bawah ni. Harga semua tu termasuk cabinet dengn wall cabinet + meja makan + 2 kerusi tu dalam RM2781. Ok kot price dia. Aku pun dah takleh nak agak dah harga built in sekarang ni. Tapi,maybe ok kot price dia. Cuma mahal sikit je.
Cik Lily tercabut panel kat hud tu. Haha..Caught in action.
Baiknya abang..
Suka dia naik rocking horse ni.
Balik tu kitorang gi makan kat Bora Asmara..
Sedapnya sirloin stik aku ni. Tapi mahal weh..RM34.90. Ugh~ Nasib abang belanja. Hehe..
Sekali sekala dapat jalan-jalan syok betul. Hihi..

~ s u h i d a ~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...