Lambat jugak na ambik award dari Jue ni.. Mekasih eh Jue, first time dapat award. Hehehe... Aku kenal Jue dari forum M.com dengan nick name pinky_gal25.Masa tu kami sama-sama dalam keadaan mengandung. Tapi Jue beranak kan Iman awal dari aku. Jue yang aku tau, tinggal kat Ampang. Asben dia cikgu. Iman, anak Jue badan berketul-ketul macam Michelin...hantap!!! Geramnya.. Pastu Jue ada jual baju budak-budak secara online. (Sekarang ni tgh usha je dulu..beli nanti dulu ek Jue..tengok mana yang berkenan..Hehe..). Itu je lah sikit-sikit yang aku tau pasal Jue.So..apa ek nak cerita 10 benda pasal diri aku..Emm..
1. Aku lahir kat tengah-tengah bandar KL, klinik sambi dekat je dengan Sogo pada hari Jumaat 18 Julai 1980. Kalau tahun Islam aku lahir 6 hari bulan puasa. Kesian mak aku kena ganti puasa banyak. Sori eh mak.
2. Aku anak ke3 dari 5 orang adik beradik. Itu adik beradik tak campur ngn anak abah ngn mak tiri aku. Kalau campur ngn diorang, aku anak ke3 dari 12 adik beradik. ye..ramai anak bapak aku kan.
3. Aku banyak sangat sekolah. Bukannya bapak aku askar/polis pun. Masa sekolah rendah, dua sekolah je. Masa sekolah menengah aku ada enam sekolah. Tapi malas nak cerita nape tukar banyak sekolah masa sekolah menengah.
4. Aku ni tersangatlah suka gaduh dgn mak aku. Gaduh-gaduh sayang gitu. Asal jumpa je, mesti ada je benda yang tak kena. Hehe..Tapi biasala..sape tak sayang emak,kan.
5. Aku kdg2 suka cakap sorang-sorang. Ngomel sorang-sorang. Kalau ada benda yang menyakitkan hati aku teringat, aku cakap ar sorang2..Hehehe..Pastu aku suka panggil mak. Kalau lalu kat bilik dia, aku mesti panggil mak..Mak sayang kak ida tak. Selalunya pertanyaan tu tak berjawab lah..Boring je.. Huu..
6. Aku paling tak suka masa aku budak2 dulu. banyak sangat kejadian yang memalukan berlaku kat aku. Sampai sekarang kadang2 kena gelak dengan adik beradik kalau diorang ungkit balik. Ugh~ Aku paling suka time aku sekolah menengah..Betul-betul enjoy punya zaman.
7. Aku pernah ada fibroid sebesar 6 cm. Aku buang fibroid tu melalui pembedahan batin. Berani mati punya. Takde bius. Cuma tutup mata, pastu baca Al-fatihah dengan selawat tak silap. Masa tu aku baru 4 bulan beranakkan Razi.
8. Masa sekolah dulu, aku pernah bawak motor member aku, pastu accident jatuh dalam gaung. Aku ok, tak cedera..tapi member aku kena operate. Masa tu dia cuma 50-50 je. Sampai sekarang aku still segan dengan kawan aku ni.
9. Aku suka jalan-jalan. Cita-cita aku,nak travel banyak tempat kat dunia ni. Kalau leh tiap-tiap tahun aku nak pasport aku tu bercop. Tapi,apakan daya....Huu..
10. Aku kalau makan apa-apa,mesti kena makan dengan cili sos. Haru...makan megi mee pun dengan cili sos.
Sekian serba sedikit pasal diri aku. Kalau ikutkan banyak nak cerita. Tak cukup 10 ni. Hehehe....Tak tau nak bagi award ni kat siapa. Kalau tak bagi leh tak..Aku bagi award ni kat :
Cik Nur Fadhilah (sebab blog ko kiyut la jugak...)
Ok,sekian maceh~
Rules: Citer kan apa yang korang tahu tentang penyampai award ni dan sila bagi 10 fakta tentang diri korang.
~ s u h i d a ~
No comments:
Post a Comment