Tuesday, March 10, 2009

:: Makan dan Nangis ::

Aku tak sedar pun yang aku dah boleh bagi Izzat makanan tambahan. Yelah, Izzat kan dah 4 bulan. Dah nak masuk 5 bulan dah pun. Lupanya aku. Agaknya sebab tulah kot Izzat asyik menangis, meragam. Bila disusukan pun,duk meragam2 lagi. Ingatkan nak menyusu je. Rupanya perut lapar, nak demand makan nasi pulak ye. Emm...
Masa Razi dulu, aku bagi makan Nestum Gandum & Madu. Nampaknya esok nak kena belilah satu tin letak kat taska. Wah, Izzat best kan, dah leh start makan. Nanti ingat nak buat puri lah~ Kalau untuk baby 4-6 bulan, puri kena separuh cair, tawar, licin pastu takde gumpalan. Kita boleh buat puri epal, puri ubi kentang, puri carrot. Kalau nak bagi makan nasi pun boleh. Tapi kena pastikan nasi tu hancur dan kalau nak campurkan dengan susu pun boleh.
Awal-awal ni, kalau boleh kena elakkan bahan perasa contohnya macam garam. Ada aku baca, bahan perasa ni boleh rosakkan ginjal. Ala..kalau kite bagi makan tawar pun, bukannya baby tu pandai rasa lagi. Betul tak. Kita nak bagi budak-budak awal lagi makan benda manis2 pun buatpe. Budak bukannya pandai lagi. Aku pun tak pahamlah. Aku pernah dengar mak budak ni bercerita anak dia baru 5-6 bulan, dah pandai makan aiskrim, makan coklat bagai. Pergh! Bila aku lecture, dia cakap mak dia kat kampung yang bagi. Errr....No komen.
Izzat sekarang selain dari pandai main air liur, kebolehan terbaru dia ialah menangis dan menjerit. Wah wah wah, kuat nangis betul. Tekanan aku. Dulu Razi aku boleh pujuk dia dengan berzikir bagai. Kalau zikir je, Razi mesti leka. Izzat? Tak jalan. Hahaha...Cuma baru tadi,dia nak diam kejap masa aku baca selawat Syifa'. Agaknya selalu dengar kitorang zikir sama2. Sekarang ni pun Razi kuat nangis dan manja (sama je aku rasa dari dulu..hehe..) Budak2 tu kalau dua2 menangis, aku jadi mcm gambar kat bawah tu haa... Aku pun ikut nangis sekali. Huu...

Macamne tak nangis? Tension kat opis, tension kat rumah lagi. Tension badan naik taknak turun2 dah. Weh, cane nak turun? Asyik makan je. Nasi wajib... Untuk breakfast, lunch and dinner nasi wajibul ada. Nak kurus lagu mana... Haha..Pulak tu ada selingan lagi minum pagi, minum petang and supper. Berjanggutla ko suhida, baru kurus agaknya. Kah....
Aku ada baca satu artikel ni mengenai parents lebih gembira membeli barangan keperluan harian dan tidur berbanding menghabiskan masa dengan anak2. Ini artikel mat salleh ye. Diorang buat kajian dan couple yang takde anak lebih gembira dari couple yang ada anak. Kajian dari Harvard, kepuasan berkahwin menurun dengan cepatnya ketika kelahiran pertama dan cuma akan meningkat bila anak yang terakhir meninggalkan rumah.Hmmpp...Tak reti aku mat salleh ni. Itulah namanya tak reti nak bersyukur. Memanglah ada anak penat dan tension. But at the end, diorang akan buat kite tergelak jugak. Tak tersentuh ke, bila anak panggil kita "mak... ayah.." Sape lagi yang leh panggil kite camtu, kalau bukan darah daging kite kan. Hehe..teringat cane Razi selalu panggil aku sekarang. Kalau tak nampak batang hidung aku, mulalah jerit "mak..mak..mak.." Sampailah aku nyahut iye..ataupun dia nampak aku. Macamne aku suka panggil2 mak aku, camtulah dia panggil aku. Ada sekali tu, Razi tarik muka aku, pegang dua2 belah pipi dan kiss mulut aku sambil cakap "mmmmuuuaaahhh...". Tak best ke?
However, I believe one will be happy, if we create it. Same goes to sad, if you want to be sad. Love and appreciate people around you and you will find the true happiness.
*Aku sayang Razi dan Izzat. Yelah, sape yang tak sayang anak, kan? I'm so blessed having them right now. Alhamdulillah...

~ s u h i d a ~

6 comments:

A.I said...

Alhamdullilah..

alah.kau ni, adat le dah beranak pinak pastu kita ni bekerja lak tu. Harus la adda ketensionan! apa kau ingat aku ni x penah nangis ke?? keh keh..harus ooo..aku ni lagi le ngan penyakit aku lagi. Tp apa2 pon kita mmg patut bersyukur dgn apa yg kita ade..

Epi alwayz! ;P

nasz said...

camane pon anak kita buat kita tension, dia la penawar semua kedukaan kita

Hikaru said...

razi panggil aku mak juge... hahahaha..

suhida said...

>kak ai,mmg kak ai ni rock ar.sy kagum ngn kak ai.
>betul tu nas.hr ni razi suap aku mkn muruku.dah pandai acah2 lak tu.lawak tul.
>dhilah,kdg2 razi panggil aku opah.kekeke...sabar je la.

Mrs. Simplicity said...

wah, izzat makan da ek? nia tak start makan2 lagi nih. tak sabo nak bg nia makan. tangan da gatal je nak capai nestum2 kat kedai tu.

suhida said...

aah,alyya.doc da suh bg mkn.yg suapkan pun ayah dia.hehe..daku bg susu bdn je.tupun bg nestum.bilala daku na start wat bubur/puri..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...