First of all,sori sangat2 sebab da lama aku tak update blog aku ni..(eleh,macam ada org follow blog aku..ngee~) Sebelum aku cerita lebih panjang elokla aku amik award aku dulu. tak elok biar award lama-lama,nanti jadi pekasam. Ngee~
Wowweeee!~ Aku menang! Aku menang! Terima kasih aku ucapkan sehingga tak terhingganyalah pada Puan Zaihan dan adik Hanny kerana telah mengawardkan kepada aku yang comel ni (aik, mana datang comel tu) the rockest blog ever… Mekacih..Mekacih..
Rules and regulation:
1. copy paste the award at your blog once you got it.
2. make an entry as if this is like An ESPY award
3. tag 5 other bloggers.
4. NEVER break the chain, please.
The next Rockest Blog Ever goes to....... (trrrr....trr.....trrr...cuba bayangkan bunyi drum macam dalam grammy award tu..kalau takleh bayangkan, takyah bayangkan..)
trr..trr.....
1 : Puan Jue dari M.com
2 : Puan Sue Da Vogi dari M.com
3 : Puan Kirana dari M.com
4 : Puan Alyyani dari M.com
but last not least..trrr.....trr...
5 : Puan Fazilzurakil dari M.com
(apa nak buat, ramai geng blog dari m.com..Zaihan,ko nak join gak ke?hehehe...)
Sila amik award masing2 ek,pastu turun stage. Ok..
Ok..sambung balik cerita aku yang tak habis tadi tu. Hmmmpp..Lately banyak perkara berlaku dalam hidup aku. Tapi takde mood aku nak story. Antaranya, kerja aku banyak gila. Setakat ni, IDS ar yang paling bz sekali aku pernah join. Walaupun 1 projek, tapi satu opis buat. Bunyi macam kelakar,tapi memang betul and tak sangka sebusy gini. Aku dah pindah workstation. So,kalau aku rajin,aku snap lagi workplace baru aku nanti. Memang tempat tu tak sejuk, dingin-dingin gitu je. Tapi...banyak nyamuk beb.......Tiap2 hari aku sembur bawah meja aku dengan Ridsect yang busuk tu. Huh~ Busuk pun busuklah,kaki aku dah hancur da kena gigit ngn nyamuk. Benci~Ada gak yang bestnya pindah workplace ni. Aku dah leh mengepam susu dengan privacynye dari tempat aku pakai Pump Spectra 3. Kejap je dua2 botol susu dah penuh. Takyah dah pump pakai telekung kat pantry tu. Tapi takdela prviacy sangat pun pum dari tempat aku. Sebab orang nampak gak semenanye. Cuma na kena pum time lunch hour je la, bila budak2 lelaki sume keluar mkn. Huu..Inilah pengorbanan na bagi susu ibu kat anak2.(Bukan apa,susu mahal sekarang ni.Ngeee~).
Pastu..tau tak, gaji aku baru masuk 4 hb ni, dah tinggal tak sampai suku. Sedihnya...Bayar itu,bayar ini,sedar2 je dah nak abis. Menyampah!~Eiiii..geram lak aku bila ingat balik.
Mm..lagi....my best friend dan jugak adik ipar aku, cik lily sudah pun melangsungkan perkahwinannya pada 28Feb2009 yang lepas. Masa hari kenduri,kitorang paksa dia dan en suami karaoke lagu Jangan Pisahkan. 2nd song aku request nyanyi lagu Senja Nan Merah by Awie n Ziana Zain. Gila punya susah lagu tu nak tarik. Hehe..Sekali sekala ngusik pengantin..Keke.. (Teringat dulu kena paksa nyanyi lagu Sandarkan Pada Kenangan masa jadi pengantin dulu..Eii..Malu ingat balik..Kekeke..) Semoga perkahwinan kau kekal bahagia hingga ke penghujung hayat lily, aminn..Kawen jugak kau akhirnya...

Aku, Izzat dan Puan Lily yang seri berseri jadi pengantin. (Bagi canlah ko tinggi sikit je dari aku lily pakai high heel tu..Alaa...satu hari je..kekekekeke..)

Ini sirih junjung yang aku tolong lily buat. Dia punya idea ni, aku cuma merealisasikan je. Masa mula2 dia xplain tu, tak terbayangkan aku cane rupa dia. Tapi,alhamdulillah..jadi jugak.. Hehehehe...Sila beri komen ye sape2 yg baca pasal sirih junjung ni.
Pastu, cerita psl anak2 pulak..mmm...Izzat dah 4 bulan. Dah pandai pegang botol susu!~ Hehehe..Hmm.kesian Izzat. Suara dia da jadi ala-ala rock gitu. Aku rasa sebab dia kuat menjerit kat taska. Diorang biarkan. Tapi aku dah tegur cikgu2 dia dah. Susah kan? Dah cek doktor tapi doktor cakap kalau selera dia nyusu ok, aktif, takpe. Ntahla, tp aku risau jugak. Ye ar..kotak suara jangan dibuat main2.

Abang Razi pulak...baru baik dari kena campak. Aku pun pelik mana datang campaknya. Ni 2nd time tau dia kena. Sekali masa dia 9bulan dulu. Ni nak masuk 2 tahun,kena lagi. Bukan orang kena campak sekali je ke?Mmmm..ntahla.Teringat dulu masa aku jaga dia kena campak..dengan aku2 sekali pakai bedak sejuk. Hehehe..
Kitorang bawak Razi dan Izzat tengok Upin dan Ipin hari Selasa lepas. Mata si Razi tak berkelip2 tengok. Takde suara langsung. Excited tak, sedih tak, gelisah tak. Diam je kusyuk dia tengok. Tapi memang lawak ar cerita tu. Ending dia paling kelakar sekali. Walaupun macam ada sikit kekurangan pada visual dia, tp tetap satu effort dan hasil yang bagus jugak untuk buatan dari Malaysia. Comel gila Upin dan Ipin tu...dan karakter yang aku rasa paling best sekali ialah si Sally tu a.k.a eja ye..S.I.L.L.Y..Sally!~ Hahaha..lawak tul.
.jpg)
Sempat lagi round round naik trak sebelum masuk cinema. Suka tul dia ngn kereta mainan ni. Tapi aku tak taruk duit pun. Hampeh tak?!~ Ngeeeee...
Razi duduk dengan nenek dia seminggu lebih disebabkan campak ni lah. Serba salah gak aku tumpangkan dia kat nenek dia nak dekat2 kenduri Lily ni. Tapi nak buat camne, aku takleh cuti..Rasa terhutang budi sangat pada mak abang n famili. Mekasih banyak-banyak. Huuuuu...
Birthday Razi nak dekat dah 20 Mac ni. Aku tengah pikir2 nak wat pe untuk birthday party dia kat taska nanti. Nak beli kek katne, nak buat goodies bag, buat pakai paperbag lily kawen yang terlebih tu je, nak beli goodies apa..Banyak pulak nak pikir. Nak beli topi, belon bagai tu katne ek..Razi..Razi nak masuk 2 tahun dah razi. Cepatkan? Mak masih terasa2 baru lagi pas bersalinkan Razi. Razi dah 2 tahun dah Razi..Razi dah pandai ikut baca selawat shifa' tu..tapi dengan bahasa dia tu lah..yang paling jelas leh dengar dia ikut ialah perkataan Muhammad. Seronok tengok anak suka zikir2 camtu.(aku pun dah terhafal sejak selawat ni glamer pasal cerita Anak Betong..Huu..)Tu yang wat aku lagi berat nak tukar taska dia. Harap2 pengorbanan aku ni memberi manfaat pada Razi dan Izzat nanti. Lebih-lebih lagi bekalan untuk diorang bila dah besar nanti. Aminn..
Allahumma solli 'ala Muhammad
Tibbil Qulubiwa dawaa iha
Tibbil Qulubiwa dawaa iha
Wa 'afiatil abdaani wa shifa' iha
wannuuril Absori wa jila iha
wa 'ala alihi wasahbihi wabarik wasallim
Ok..last sekali aku nak jawab tag dari Jue pasal gobok anak ni. Huu..Jangan terkejut lak tengok gobok Razi n Izzat. Tadaaa..Inilah goboknya.
.jpg)

Gobok ini telah dibeli oleh abang masa aku pantang Razi dulu. Hahaha....yang lawaknya,masa nak beranakkan Izzat,aku ada hati nak beli almari doraemon mcm Iman punya, tapi memikirkan takde tempat nak fit dah dalam bilik yang sempit ni, aku tak jadi nak beli. Sebijik macam ko punya, Jue. Alih-alih masa aku kat hospital bersalinkan Izzat, abang da beli lagi satu untuk Izzat. Umpphh..lupakan jela hasrat aku nak beli gobok doraemon tu. Suka betul abang dengan gobok style cani. Tak paham tul aku. takde section2 ye puan2, lipat dan masukkan je celah mana yang patut. Gitulah kisahnya...Nak tengok gobok Razi dan Izzat yang betul-betul punya, tungguu....tunggu aku masuk rumah baru nanti. (Yo yo oo je..sekali pakai gobok ni gak and bakul je...Hahahaha..haru~huu..sedihnya aku)....
*tadi cakap konon takde mood nak story, ambik ko, panjang aku becerita ni.
~ s u h i d a ~
3 comments:
haaa.. sekali buat entry kemain panjang lagi dengan banyak2 cite. hehehe... nak baca pun amik masa.
btw, pasal sirih junjung tu, adalah yg terbaik dalam banyak2 design sirih junjung yang penah alya tgk. kreatip2!
pasal razi kene campak tu, nia pun penah kene masa dia 2 bulan. then doktor cakap, kalo kene masa baby, mmg ade possibility nak kene lg masa besar sebab campak time baby tak kua habis.
aaa izzat ok ke masa tgk upin & ipin tu? takut gak nak bawak nia gi tgk movie. takut dia menjerit sebab gelap then sound system yg boleh memecahkan gegendang telinga. hahaha...
oo yea?doc ckp cam2 ek..hoho..doa je izzat tak kena skg ni.huu..
bwk izzat ok.ada la ragam ckit.tp bg susu dia diam.mula2 tu dia lyn gak tengok tu..keke...
maceh.siroh junjung tu kite tukang wat.yg bg idea adik ipar kite..huhu...
hahaha...panjang giler cite ko sudahnyer...kata x der idea... na komen pun x igt yg mana satu... mcm yg aku sms kt ko tadi: I'm so proud of u for such effort! keep up a good work! ;-)
*pindah w/station pun ader prob lain gak? insaf pulak aku..akan sentiasa bersyukur dgn apa yg ada...wah...gitu!
Post a Comment