Sunday, March 22, 2009

:: Happy Birthday Razi ::

Assalamualaikum.........
Razi dah 2 tahun pada 20 Mac yang lepas. Alhamdulillah....Sambut bithday dia kat taska je. Tapi aku tak dapat join kali ni. Insya allah next year ye Razi. Pagi-pagi masa hantar Razi ke taska (PPBA), kawan-kawan dia semua jerit Happy Birthday Razi, Happy Birthday Razi... Excited semuanya. Mana taknya, sampai-sampai PPBA, dah ada papan tanda tulis Happy Birthday Razi. Sebenarnya dari petang semalam dah ada dah papan tanda tu. Agaknye cikgu2 diorang pun dah war-warkan hari ni birthday Razi.

Malam Jumaat tu baru aku start buat goodies bag. Abang bawak balik kotak yang dia tak pakai ada kat kedai untuk ganti paper bag. Kitorang buat dalam 30 kotak. Siap semuanya dalam pukul 3 pagi. Huuu..


Abang tolong pek kan gula-gula dalam plastik.
Aku tengah buat Upin dan Ipin untuk lekat kat kotak. Photoshop masuk gambar Razi sekali.
Dah siap lekat. Buat simple je. (Sape suh buat last minit..)
Diorang susun banyak2 masa kat taska.

Kek birthday Razi beli kat Secret Recipe. Aku tak tau nak pilih gambar apa. Spongebob takde. Kartun2 lain macam Looney Tunes, Powerpuff Girls... Tak sesuai ar. Lagipun macam da tak updated laaa...kan..Ngee..Kalau diorang taruk Upin dan Ipin best jugak,kan? Mesti laku gila.
Besar je nampak kek tu dengan Razi. Potong kek.
Kak Ina (Cikgu Besar PPBA-nilah cikgu yang suka motivate orang tu) ajar diorang buat mcm penyampaian hadiah pulak. Ngee~
Best friend Razi, Syaza..Sama baya. Masuk PPBA sama2 masa lepas habis pantang.

Diorang ajar budak-budak solat. Best,kan..

Patutlah anak aku ni suka pakai ketayap.
Emm...Kejap je dah dua tahun. Dah banyak benda dah Razi pandai buat. Yang baru-baru ni dah pandai pukul kepala aku..Sabar je le...Neway..Razi, mak sayang Razi so much. Hopefully Razi jadi anak yang baik, bijak, sabar, lembut dan penyayang ye..Jadi anak yang berguna pada agama, keluarga dan negara ye. (patriotik la pulak..) Pastu, belajar rajin-rajin tau. Jadi tahfiz, nak? Ngee...

By the way, lately Izzat tak sihat. Cian dia. Aku suspect dia nak tumbuh gigi dah. Meragam dia lain macam. Demam. Dah berapa lama Izzat demam. Mau dekat seminggu gak. Huu...Pening gak ar kepala aku 2,3 hari asyik terbangun tengah malam.
Izzat, cepat sembuh ye...Sayang anak mak.

~ s u h i d a ~

5 comments:

Hikaru said...

oit2, biler2 free email kan la gmbr razi ngn upin&ipin.. ngeee.. pas hard drive rosak ri tu, tader 1 pun gmbr family dlm ni.. boring da balik2 tgk gmbr panda je.. hehehe.. email kan tau.. tq2..

Mrs. Simplicity said...

happy birthday razi! wah, happening nye taska razi ni. bile birthday je dia celebrate camni ek. bes2!

p/s : sue, ko beli kek kat secret recipe ek? kek budak2 mahal kan? nak beli gak... huhu...

izzat nak tumbuh gigi da ek? sian demam lg. nia pun x elok batuk lg.

Anonymous said...

sooo.....tiut sgt! the goodie bag, cake...n razi....hepi bezday razi cayang...(ko save comment nie..nanti da besar tunjuk kt dia...hehehe)

pizli.mw said...

wah semangatnya prepare macam².. sure budak² tu happy...

A.I said...

amboiiii..sronok dia sambut bestday ngan kengkawan kt sana. Epi bestday!! semoga menjadi anak yg soleh..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...