Gila lah weh. Mesti korang tertanya-tanya surat cinta apa pelik camni. Lepas lunch hour tadi, tiba-tiba je ada emergency meeting. Aku dah start panik sebab dateline aku pas drawing kat Jojo hari ni. Mesti kena tiau punya dalam meeting ni.Alkisah rupanya itu bukan sebab untuk aku panik, meeting ni ada berita yang paling sedih + menakutkan. Bos announce retrenchment. Wallaaaaweh....Ingatkan bila kompeni dah international, tak kena. Lupa pulak, lagi global, lagilah senang terkena bahangnya. Huh...
Tapi bos tak cakap na terminate orang, beliau menggunakan ayat yang macam best sikit..CUT COST. Mmmm...Bos khabarkan branch kat Dubai dengan Cairo, dah start cut cost (cakap je la terminate). Aku mula-mula agak blur la gak pasal cut cost ni. Sekali dia cakap dia dah terminate Man (bukan nama sebenar). Baru aku perasan Man tu takde dalam meeting. Dia kena sebab dia tak confirm lagi. Aku ingatkan sorang je. Bos announce akan ada beberapa orang staf lagi yang akan kena. Mulalah aku menggelupur. Aku ke antara yang kena?
Apa yang bos cakap, aku dah start tak dengar dah. Duk pikir pasal baru nak duduk menyewa, pikir pasal Razi dan Izzat, macam2 lah aku pikir. Susah-susah aku mintak kerja hari tu, dah na kena buang. Siot tul. Ada la jugak terdengar dia cakap, diorang leh support staff sampai bulan 7 ni je kalau projek baru tak masuk2 gak. Pulak tu, ada lagi 2,3 orang dalam list, yang diorang akan pertimbangkan untuk 1,2 bulan ni, bergantung pada projek yang ada sekarang ni confirm ke tak. Gila..Ramainye nak kena buang.
Pas abis meeting, opis senyap. Senyap gila. Semua down..termasuklah aku. Pastu baru aku dapat info, 2 orang da dpt notis sblm meeting tadi. Diorang kena resign end of april, sebab notis sebulan. Ada 2 orang lagi, diorang akan simpan lagi 2,3 bulan, tengok pada keadaan job. Perghh....Yang paling kesian dengan Man tu la, wife dia baru pas bersalin akhir bulan Mac hari tu. Tiba2 je, kena terminate. Aku leh bayangkanlah cane perasaan dia. Sakit hati weh. Takleh nak watpe, sebab tak confirm terpaksalah terima hakikat kemungkinan akan dapat notis 24hours.
Walaupun aku da tau,ada 4 orang lagi yg kena terminate, aku still rasa tak secure lagi. (Ramai tu diorang nak buang..) Tengok PC pun kosong je. Pastu, aku nak crit dgn Jojo.
Jojo : Later, I will see you in few minutes. I want to talk to you. (sambil tersengih angkat kening)
Aku dalam hati Tuhan je yang tau. Menggelabah ar, tapi buat2 rilek. Pandang drawing macam tengah baca drawing, tapi tengah termenung sebenarnya.
Sekali dia panggil, dan dia amik kertas sambil tulis. Haaaa..surat kat atas tu, surat dia la tu. Psiko betul. Dia tulis satu satu, ala..macam gaya kite kalau nak mengumpat. Lawak sungguh bila director buat perangai cenggitu. Cakap je la..Ko director, ko yang wat decision dengan bos. Huu...aku layan je la. Dia cakap, sebenarnye bos na terminate aku n Kak Zana, tapi dia persuade bos, jangan. Yelah, sebab leh terminate 24 hours plus kesian dgn orang lama. Jojo cakap dia suka aku n kak Zana. Dia suka kerja aku. Suka collaborate ngn aku. Macam-macamla tinggi melangit dia puji. Aku dengar jela. Ada la kembang sikit. Ngehngehngeh~Dia cakap dia bangga pilih aku hari tu despite sorang lagi budak yang interview sekali dgn aku dulu. Aku pun syukur sangat sbb maknanya aku lepas la test dia. Daring gila mamat ni, dia cakap kalau aku n Rozana go, dia cakap dia pun akan go gak. Wah, tak ingat.
Pas dia da abis bercerita tu, dia gulung-gulung kertas ni dan buag dalam dustbin. Kekeke...Aku sanggup tunggu sampai dia balik, aku kutip balik kertas ni semata-mata na scan letak dalam blog. (Jojo yang psiko ke, atau aku yang psiko sebenarnya..kahh...) Lagi satu, leh tak surat ni jadi macam surat penghargaan. Kekekeke...
Aku bila da dengar Jojo cakap camtu, 50% lega...50% lagi still insecure. Yelah, bukannye leh trust sangat org dalam bekerja ni. Lagi-lagi kalau bukan orang kita. Orang kite pun kuat kencing, lagi la kaum lain. (Racist sikit ye..ye ar aku bengang). Bukan apa, yang kena terminate ni semua nye tengah dalam sitasi yang susah la gak..kesian. Ada sorang tu, wife dia tengah peknen. Yang lagi sorang tu lak, mak bapak da tak tanggung dia dah. Lagi mintak duit, adala...Yang lagi sorang, mak da takde..ayah dah tak kisah..hidup berdikari betul..huuu...Nape tak potong je gaji orang yang besar2 tu. At least potong lah, wat sementara. Ntahlah...
Alhamdulillah, aku bersyukur sangat sbb aku takde dalam list. Buat masa sekarang nilah. Mintak-mintak aku akan stay lama kat sini. Aku suka sebab dekat dgn rumah. Takde jem. Lagi satu, aku memang suka area ni. Sebab masa dulu2, masa bangunan opis ni tak naik lagi, kalau turun bukit, nampak Genting Highlands, nampak bukit bukau Banjaran Titiwangsa. Aku pernah wish dulu,kalau lah ada opis ID kat sini nanti, aku na kerja kat area sini je. Alhamdulillah, tercapai gak wish aku.. Tu yang beriya benor nak kerja kat IDS ni. Hehehe...Walaupun sekarang tak berapa nampak bukit bukau tu, tapi still leh nampak lagi sikit2. Mcm pagi tadi berkabus bukit..suka sangat..Dah, off topic cerita pasal benda lain pulak.
So, kesimpulannya...walaupun Jojo try buat aku rasa secure, tapi aku still tak senang hati. Yelah, bos dah cakap opis leh sustain sampai bulan 7 je. Means, kalau takde gak projek, opis kena tutup ar.. Gila la weh. Harap-harap tak sampai ke tahap camtu lah. Sebab abang ada story, recession akan jadi lagi teruk pada tahun 2009, berbanding tahun 2008..dan kalau ikut ramalan ekonomi, 3 bulan suku terakhir 2009 lah yang paling teruk. Kalau takde gak projek dalam masa sebelum bulan 7 ni, memang IDS gulung tikar lah..
Aku terasa macam dalam mimpi pulak, sebab tak sangka akan terlibat dalam kes-kes buang staf ni. Ingatkan bank je buang orang. ID firm pun buang orang. Huuu....harap2 aku akan stay lama kat IDS ni dan harap2 projek baru masuk dengan cepatnya sebelum lagi ramai orang yang kena buang. Staf IDS pulak dalam 23 orang, tak ramai ke tu? Ramai..kalau untuk ID firm.
Memang kesian. Aku masih sedih lagi campur terkejut. Rasa macam nak nangis tadi mengenangkan kawan-kawan yang pasni susah nak cari kerja. Aku tau sebab masa hari tu pun, aku susah sangat nak dapat kerja. Masa tu tengah baru-baru lagi gawat. Ini, masa gawat, mesti lagi susah..Entahlah...Aku cuma leh berdoa,semoga dimudahkan mendapat kerja dan harap-harap aku dapat survive dalam kemelut gawat ni. Suhida boleh! Insya Allah.....Aminn..
~ s u h i d a ~
2 comments:
Hahaha....aku kira suma ader 6 point..ader point ke-7 semenarnya kan..:
- Suhida, I love U!
Ko crop kan point ke-7 tuh? hehehe...
Tp serius ko, jgn kt cmpny baru mcm IDS, cmpny lama cam GDP pun aku rsa tak secure...entahlah...berdoa jer la ader rezki kita semua...
uwaaa, situasi aku pon sama ngn ko sue. setakat ni dah ade 5 org kena pecat. mmg rasa teraniaya sgt, peh tu mmg down giler skrg ni...
Post a Comment