Friday, October 08, 2010

:: Izzat Dah Nak 2 Tahun ::

Assalamualaikum....
Kali ni nak bercerita sikit pasal Izzat. Anak bujang aku yang seorang ni dah nak masuk 2 tahun hujung bulan ni. :) Cepat masa berlalu kan? Dah nak masuk 2 tahun ni, dah macam-macam benda yang dia tahu buat. Dah expert tekan butang eject DVD player aku. Itu je lah dia pandai tekan, bukak tutup, bukak tutup. Aduyai...nanti kalau dah pandai tekan Play, memang berebut ler dengan abang Razi nanti. Lepas tu, dah pandai sebut one to ten, satu sampai sepuluh, alif ba ta. Cuma Izzat ni tak seriuh abang Razi. Jarang-jarang nak dengar dia bersuara. Tapi, kalau dah bersuara..suara Izzat sangat nyaring. :) Ayat feveret dia sekarang ialah...tanakkkk... tak yahhhh... Huhu..Harap-harap jangan melarat sampai ke besar ye Izzat. Cuma cakap Izzat tak berapa clear lagi. Dah nama pun jarang dengar dia bercakap. Kena praktis banyak cakap sikit ye Izzat. Tapi, mana nak sempat praktis, baru nak cakap dengan Izzat, abang Razi pulak yang sibuk jadi tukang jawab. Izzat pulak, takde reaksi. Huhu...
Lagi satu perangai Izzat memang dari dulu kalau tengok tv tersangat ler konsentret. Macam-macam gaya dia kalau mata tu dah lekat ke tv. Ni antara gambar-gambar dia tengok tv yang sempat aku snap.
 Bersongkok sambil makan kerepek. dan juga menggaru.
 Meniarap. Kdang-kadang tu sampai separuh badan dah masuk bawah sofa.
 Ini aku betulkan, tak sakit kepala ke tengok tv sampai camtu sekali. Haih...
Gaya paling comel setakat ni. Hehehe... tertonggeng.
Lagi satu, buat pengetahuan korang, aku dah putuskan susu Izzat masuk malam tadi..dah 5 malam. Caranya nanti aku akan bagitahu. Aku terpaksa, umur dah masuk 2 tahun tak berapa hari lagi. Aku pun dah tak larat dah tiap-tiap malam bangun dua tiga kali nak susukan dia. Susu badan dah tak banyak pun. Dia je yang suka menyusu lagi. Dalam 4 hari ni aku bagi dia minum susu botol sebelum tidur, baru satu malam yang dia terjaga tengah malam mintak susu. Betul-betul dahaga agaknya. Harap-harap berkekalanlah macam tu ye Izzat. Izzat anak yang baik, kan? Tapi, kadang-kadang tu aku terasa macam nak bagi jugak susu aku ke Izzat. Huhu..
Oh ye, aku dah berhentikan jugak taska diorang. Sebabnya pun nanti aku akan cerita. Insya allah.. Dah namanya pun dah jadi surirumah sepenuh masa kan? Huhu.. Tapi, yang sayunya..tiap-tiap hari Razi tanya "Kita nak pergi sekolah ke mak?" Kadang-kadang tu dia buat macam bercakap kat telefon, konon-konon tengah sembang dengan cikgu dia, "Cikgu tengah buat apa?"... Anak-anak aku memang manja dengan cikgu diorang.

~ s u h i d a ~

6 comments:

~chekuna~ said...

su..sekejap jer masa berlalu..sedar tak sedar izzat dah nak 2 tahun..baru je dgr su nak banak semalam...he he...konsentrat betul izzat tgk tv..mcm2 gaya ada..he he

nome said...

wahhhh...pandai beraksi la izzat kalau nak tgk tv....mcm2 gaya...

dah nak masuk 2 thn yer...

suhida said...

a ah nome...22hb ni dua tahun dah izzat..tp aku tgk dia cam takde gaya 2 tahun pun..still mcm baby kecik lagi. :)

suhida said...

kak na: itu ler,mcm baru je kan..dah dua tahun. pedih operate pun masih terasa2 lagi.huhu..

rynas said...

mcm2 gaya dia tgk Tv hehheh comei.

suhida said...

rynas:hihi..ha ah kak,mmg macam2 gaya.gaya paling tak tahan,berdiri betul2 depan tv, mcm nak masuk ke tv!aduyai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...