Wednesday, October 06, 2010

:: Cerita Tergendala - Jalan-jalan ke Area Kelang dan i-City ::

Assalamualaikum...
Dua tiga minggu yang lepas kot, saja nak berjalan-jalan, kitorang pergi ke JJ Bukit Tinggi, Klang. Last aku ke sana masa bulan puasa tahun lepas, masa tu JJ ni baru bukak. Tahun ni saja mengajak abang Cha ke sana. Disebabkan Razi dan Izzat dah pandai demand sekarang ni, agak bahaya jugak kalau bawak diorang jalan-jalan ke shopping kompleks ni. Sebab banyak sangat permainan. Tapi JJ Bukit Tinggi ni betul-betul luar biasa banyak betul diorang punya mainan untuk budak-budak. Baru jalan sikit, dah nampak mainan budak-budak. Lepas dah main yang ini, jalan depan sikit, ada lagi mainan. Mak aih..
Kereta dan haiwan-haiwan remote control. RM3 tak silap aku sekali naik. Permainan yang macam ni, memang kompem ada kat setiap JJ. Adeh. Diorang pulak pantang nampak benda-benda ni.
Razi memang suka binatang pun. So, dalam banyak-banyak kenderaan tu, dia pergi pilih kuda ni. Tak best langsung. Hehehe...
Izzat memang pantang nampak kereta dan motor. Cara tak? Kekeke.. Pandai pulak tu pilih kereta warna kuning sama dengan baju kuning dia tu.
Tak lama lepas tu, jumpa pulak area game. Aduyai..singgah lagi.
Sama-sama main. Nak kena cari mainan yang boleh duduk dua orang, jimat sikit token. :P
Game ni tak faham betul. Huhu.. Tapi tengok diorang kusyu', ok lah tu.
Lepas dah pusing-pusing, kitorang pergi makan dulu kat Kenny Rogers. Favourite menu aku ialah Quarter Chicken, black pepper sauce, side dishes haruslah macaroni cheese, coleslaw dengan mashed potato. TQ abang, sudi belanja makan Kenny Rogers. :)
Tengok muka aku yang tersengih suka hati. Huhu..
Untuk Razi dan Izzat, kitorang order Spagetti Bolognese. Diorang suka makan. Makan banyak lah jugak. Razi dah pandai makan sendiri dah.
Izzat nak makan sendiri, tapi aku rasa tak pass lagi kot nak makan sendiri. Berselang-selang dia suap sendiri dengan aku suapkan dia. Tapi, puas hati tengok diorang adik beradik makan banyak. Izzat suka jugak macaroni cheese tu. Ikut selera mak ye, Izzat? Hihi..
Lepas tu, singgah lagi mainan kat playground. Besar betul playground dia. Memang puas hati ler, lepaskan diorang main kat sini. Kejap ke depan, kejap ke belakang. Tapi, kereta mainan memang kompem diorang naik. Banyak gila mainan dalam playground ni. Kalau aku budak-budak, aku pun kejap ke sana kejap ke sini. Tak tahu nak main apa. Siap ada Playstation tuu.... Bapak budak pun lepak main game bola. Aku main PS kejap je, tak pandai. Hihi..
Tengoklah abang buli adik. Haiiii...
 Izzat nak naik gelongsor tinggi mula-mula tu kena mintak pertolongan ayah dulu. :) Setelah beberapa kali cubaan, baru dia berani naik sendiri.
Lepas dah puas berpusing-pusing kat dalam JJ, kitorang pun balik dan bergerak ke i-City, yeay!!
 Entrance ke i-City. Kitorang pergi hari Isnin, dapat tiket harga RM5. Kalau hari lain tiket parking RM10. Rezeki, rezeki. Alhamdulillah.
 Suka Razi, sebab memenuhi permintaan dia nak tengok lampu banyak-banyak. Yang kelakarnya, dari JJ Bukit Tinggi ke i-City ni, dia tertidur kejap sebab kepenatan dan dapat minum susu. Bila dah sampai tu, kitorang kejut dia dan tanya kat mana botol susu dia. Tiba-tiba dia duduk tegak, terus nyanyi lagu Nenek-nenek si bongkok tiga, siang malam asyik berjaga... Kekekeke... Tahu ler tu lagu favourite dia. Dia menyanyi sampai habis lagu tu. Sabo je ler... Mengigau. Entah apa yang dia mimpikan tu.
 Mata dah segar, posing tak habis-habis. Kesian Izzat, sempat lagi Razi buli.
 Cantik kan, lampu-lampu kat i-City ni.
 Razi memang cari zirafah dan gajah. Dah jumpa, tapi tak boleh turun bawah pulak.
Pemandangan yang sangat cantik. :) Insya allah ada rezeki, boleh ke situ lagi ye.

~ s u h i d a ~

8 comments:

.::Lynn::. said...

wah dah naik harga RM10.. ari tu RM2 jea

yana said...

da dekat sgt ngn umah yana tuh..kire tgh2 antara JJ & ICT la..nape x bg taw..kalo tak, bleh la singgah umh..rugi la razi & izzat x dpt collect duit raya kt umah yana..hehe

nome said...

seronoknyer lepak2 bersama dgn family...jauh jugak korang berjalan...tp mmg puas hati...lepak kat jj, pastu ke icity...ilang segala stress..

pizli.mw said...

Kau pergi Jusco untuk bawak anak-anak main ke Suhida? Tak shopping? Kesian kau.. Nanti diaorang dah besar suruh diaorang drive kau pergi shopping.. Hahaha..

brat2104 said...

gambar yang dekat 'rusa' tu sangat cantik!!!

suhida said...

lyn: a ah,mahal kan? rm2 tak pulang modal kot.
yana:hihihi...tak teringat pun yana..wah..da ada blog ke? :)
nome:hehe..jauh berjalan kan? susah nak berjalan jauh dgn abg cha ni.sekali sekala tu mmg hilang stress.
pizli:hrp2 anak2 aku baca komen ko satu hari nanti pizli. :)
mai:hik3..bangga tukang amek gambo tu klu dia baca. :)

rynas said...

wah cantiknya tak penah lg sampai situ...asyik bz memanjang hujung minggu

suhida said...

rynas:kak,try ler pergi nanti satu hari.budak2 suka ler lampu kaler2 ni. mak budak pun suka jugak :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...