Assalamualaikum...
Hari ni aku nak attend interview dekat-dekat area Sri Hartamas sana nun. Konon-kononnya nak cari kerja dekat-dekat dengan rumah, sebab tak larat nak harung jem dan bergelut pagi-pagi dengan anak-anak. Tapi sebab dah dalam banyak-banyak resume yang aku hantar, ni je yang nak panggil aku, pergi je lah. Mana tahu rezeki aku memang nak kena jauh dari rumah, kan?
Hati sangat nervous maybe...sebab aku dah 30? Mungkin diorang expect aku ada banyak experience yang best-best. Sedangkan aku biasa-biasa je. Lagi satu nervous sebab entahlah.. aku tak confident kot. Haih....
Antara preparation aku nak interview ni ialah pergi cari kat mana tempat interview tu. Malam tadi dah ajak abang round-round cari jalan macammana nak ke sana. Nak tengok mana nak parking, so takde lah aku menggelabah nak mencari jalan dan mana nak parking kereta.
Portfolio pulak...pagi ni baru nak repair-repair apa yang patut. Razi dan Izzat kenalah hantar ke taska. Bayar satu hari punya upah. Diorang pun dah lama tak ke taska. Tadi happy je aku hantar ke taska. Siap Izzat jerit-jerit suruh bukak pintu cepat. Entahlah, harap-harap aku dapat kerja. Bolehlah hantar diorang ke taska. Sebab Razi dah sama-sama belajar mengaji dengan budak-budak lain. Izzat pulak, kalau kat rumah, seharian asyik tengok TV je. Nak harap aku ajar? Huhu..
Korang doa-doakan lah ye interview yang ni berjaya. Takut... Dah lama tak speaking, mahu tergeliat lidah aku nak menggoreng bagai nanti. Hai, apalah nasib....
~ s u h i d a ~
6 comments:
InsyaAllah.. Amin..
gudluck kak.. Insyallah ada rezeki k.su nnt.. :-)
all d best sue!!
insyaAllah...semoga kakak aku dimurahkan rezeki :)
good luck nnati update ya...
su, cmne interview ko? harap semua berjalan lancar dan ada rezeki utk ko. :)
Post a Comment