Assalamualaikum...
Hmm..Yahoo.........Kuikuikui...
Smlm da pegi cek up kat KKIA. BSP sekali ngn cek perut. Lepas buat MGTT hari tu, aku mmg dietla..Berat aku 70.5kg.Tapi aku kelentong nurse tu,kata berat aku 70kg. (Sebab takut kena minum air gula tulah). Tapi tipu pun kena minum gak. aku pun tak paham. Huuu..
So, aku pun berdietlah. Lagipun untung juga sebab kena masa bulan puasa, membantu gak tu. Kalau tak, mulut tu asyik nak mengunyah je. Aku test tiap2 hari kat rumah. Kalau bacaan aku 3.0++ mesti terasa macam nak pitam. Ada sekali tu tengah buat roti jala, nyaris nak pitam. Duduk kejap baru rasa ok. Paling rendah bacaan aku setakat ni 3.3. Gila betul.
Nak dijadikan cerita semalam buat BSP semuanya ok. Aku cuak jugak pagi tu tinggi gila. 5.4. Sakit hati. Niat nak mkn biskut jacob tu, tapi terpaksa batalkan. Lagipun nak makan pun segan gak. Nak makan mcmne kat KKIA tu. Dahla ramai bapak2 budak kat luar semalam,lepak dlm kereta. Nak balik tapi na kena tunggu cek perut lak. Last2 aku minum air je masa na ambik Ina kat Sg Buloh. Masa cek perut lak, nurse ckp aku anemia teruk sangat. Rendah sangat. 9.3. Kalau pasni cek lagi sekali rendah gak, na kena wat test lain pulak. Abis camne aku tak anemia, aku diet tak mkn betul2...Bosan..Nak elak kencing manis,dpt anemia pulak. anemia pun bahaya gak. Leh tumpah darah sebelum atau selepas bersalin. Pregnant kali ni betul2 menduga aku. Banyak betul benda2 yang aku tak sangka aku kena, boleh terkena.Hmm...
Bacaan pukul 12 : 4.8. Cuak gak tu. Balik aku mkn mihun sikit je.
Bacaan pukul 6 : 4.2. Aku tak mkan sementara tunggu nak cek pukul 10. Tak berani.. Bukan aku nak tipu ujian tu. Tapi aku cek kat rumah tak setinggi bacaan macam cek kat klinik. Aku tengok alat yang diorg pakai tu, bercampur dengan darah orang lain. Diorg nak lap camne, sebab strip test tu aku tengok, diorg sumbat masuk bahagian dalam mesin tu. Macam yang kat rumah, darah kat luar. Agaknya dah bercampur dgn darah orag lain,tu yang tinggi tu. Sbb aku konpiden pagi tu aku leh dpt bacaan bawah 4.0. Diorang suruh puasa start dari pukul 12 mlm. Aku start puasa lepas buka. Lama tu..Tapi bacaan tinggi.
Bacaan kul 10 mlm : 4.5..Hohohohoho.. Merdeka! Kekekekeke.. Balik aku pulun makan nasi sepinggan,lauk ayam masak merah,sambal belacan,minum air tembikai banyak2 dan mkn coklat cip puas2.. Puas hati aku. Kahkahkah...dan berat aku turun..keke..dari 70.5kg ke 68kg.Best tak best...Bestnya..Ringan sikit rasa badan ni ha...
Surprise surprise..Aku dah tau nak taruk nama apa dah. Tunggulah dah bersalin nanti.
~ s u h i d a ~
No comments:
Post a Comment