Monday, September 01, 2008

:: 1 Ramadhan ::

Hari ni dah 1 Ramadhan. Selamat berpuasa. Semoga aku sabar dan boleh puasa penuh tahun ni. Cuma tinggal 2 hari je la sbb na kena wat BSP tu. Aku ingat nanti 2,3 hari na wat BSP,aku tanak makan la. Makan ayam bakar je kot. Leh ke? Tak makan nasi. Aku kena tekad gak kalau tak nanti kena cucuk insulin,aku tak sanggup. Sekarang ni pun sejak dari hari Khamis lepas,aku tak minum milo. Pas dpt tau kandungan gula tinggi,aku minum air kosong je. Nasi pun tak banyak macam selalu. Tapi lapar tau....Huu.....

Aku taknak kencing manis. Takut kena operate. Aku baca buku "Sedia Melangkah ke Alam Baru : Maklumat Lengkap Mengenai Kehamilan dan Komplikasi." Ada info pasal sindrom yang aku alami sekarang ni. Nama saintifik : Gestational Diabetes Mellitus (GDM). GDM berlaku apabila paras glukosa dalam darah lebih tinggi drpd tahap normal semasa hamil. Lebih kurang 90% berlaku sbb badan gagal menggunakan insulin dgn berkesan. Mungkin berlaku sbb plasenta keluarkan hormon2 yg halang insulin dari berfungsi. Selalu dengar orang lain kena, tak sangka aku pun boleh kena. Takut sangat....

Hmm...Aku pening,susah hati..dan aku tak dapat lagi nama yang sesuai untuk baby dalam perut ni....Kesiannye dia..

Erm..Razi dah tumbuh gigi geraham belah atas. Dua-dua belah. Patutlah meragam teruk sangat. Kesian dia. Kelakar pun ada. Inilah yang semua mak bapak kena tempuh. Memang kesabaran tu kena kuatlah..Alhamdulillah,abang leh handle Razi. Aku sampai dah takleh nak handle dah. Maybe sbb aku pregnant kot. Hormon tak betul. Asyik nak marah je. Razi pun aku dah start marah2 dah.. Kesian dia..

Kasut Baru a.k.a Kasut Raya Razi. Harga rm36.90.

Razi mengetest kasut raya.

Baru2 ni g beli baju raya dan kasut raya utk Razi. Beli barang branded lagi murah dari beli Baby Kiko. Angin tul aku. Aku beli kemeja Garfield baru rm25. Beli tshirt Baby Kiko harga rm33.90. Less mende camtu? Seluar Disney lagi murah dari seluar Baby Kiko. Serius... Tertipu betul selama ni. Takpe,nanti aku da keje balik,taula aku beli baju branded2 kat online je..Hehehe...skg menumpang duit abang je. Hu...

~ s u h i d a ~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...