Ewah..tajuk macam konon artis..huhu... Sebenarnya aku baru resign dari opis kat mont kiara tu bulan Disember 2013 dan decide untuk kerja dengan member aku. Reason nak more time untuk fokus pada WardahWardrobe. Juga nak mencari keberkatan dalam rezeki. Memang sedih sangat-sangat masa last day kat edp. Sebab kat situlah aku dapat geng paling best dan memahami. Gaduh sikit-sikit tu biasalah... petang ni gaduh..esok pagi macam tak ada apa berlaku.
Sedih..tapi setiap orang ada matlamat hidup masing-masing kan. Lagipun setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Selfie kejap. Now aku masih lagi Interior Designer tapi bekerja dengan member aku. Banyak kerja luar opis. Pergi site, cari barang. Dah jarang duduk depan komputer. Harap jangan hilang skil autocad aku. Huhu...
Walaupun macam best je tak duduk kat opis...tapi sebenarnya sangat-sangat penat sekarang ni. Banyak masa aku atas jalan je. Driving sambil reply whatsapp, email itu biasa dah. Makan kfc sambil driving pun biasa. :))
~ s u h i d a ~
No comments:
Post a Comment