Assalamualaikum...
Rasanya macam selalu jugak pergi Zoo. Hihi... Saja bawak anak-anak jalan-jalan lepas dah berpisah seminggu. Sekarang rate entrance fees untuk orang dewasa RM20 dan kanak-kanak RM6. Ok kot untuk warganegara Malaysia.
Excited, tapi masuk-masuk je terus naik trem. Hehehehe.... Nak berjalan rasa macam jauh je. Servis trem dia pun bagus. Banyak sangat trem sekarang ni. Dapat brader yang peramah, ala-ala macam tour guide best jugak. Becok mulut brader tu bercerita ni haiwan apa, tu haiwan apa. Untuk tourist, aku rasa bagus jugak effort brader yang bawak trem ni.
Suka-suka hati je flamingo ni lepak tengah-tengah jalan. Banyak gila. Kena hon pun buat tak tahu je. Huhu.....Disebabkan naik trem, kejap je dah sampai tempat harimau. Masa tu orang zoo tengah nak bagi harimau makan, jadi brader tu stop trem bagi kitorang turun pergi tengok.
Diorang bagi ayam seekor, pakai macam ala-ala pancing. Melompat-lompat harimau tu nak tarik ayam tu. First attempt, habis ayam jatuh masuk dalam kolam. Membazir je.

Second attempt, separuh ayam yang lagi satu baru dia dapat capai. Tapi alahai....seekor je ayam, cukup ke? Tak cukup...tak cukup....
Masa lalu kat area reptilia, cari buaya. Buaya daring gila. Masa kitorang sampai, buaya ni tengah merangkak slow je dalam air. Aku kan jakun, tak pernah tengok buaya bergerak camne dlm air yang nampak macam batang kayu yang orang selalu cakap tu kan. Takdelah, memang nampak terang-terang buaya. Huhuhu... Bila kitorang bertenggek tepi pagar tu, tiba-tiba buaya tu stop dan pusing pandang je kitorang. Tengok dia punya staring. Bila kitorang gerak, buaya tu pusing balik dan nak start merangkak balik. Saje je acah-acah, kitorang datang balik, buaya tu pusing balik! Alamak...dia staring tajam gila, terus blah. Dibuatnya melompat kang, tak ke naya. Huhu...
Sampai tempat gajah, kesian tengok gajah ni. Menebeng je kat tepi tu. Rupanya mintak makanan. Zoo ada sediakan pisang, beli setangkai RM3. Ada jugak dalam 8biji pisang gajah ni dapat makan.
So, itu jelah. Tak banyak gambar binatang. Tapi kali ni trip ke zoo, aku tengok banyak binatang yang sihat-sihat berbanding 2 tahun yang lepas. Sebab harga tiket naik kot? Maybe... syok jugak tengok binatang-binatang dalam zoo sihat-sihat. Oh...ada 2-3 ekor anak harimau. Comel gila. :) Hehehe...
Sekian.....Berjaya jugak aku update blog. Yeah..
~ s u h i d a ~
2 comments:
Nanti aku try bawak anak-anak aku sekali pergi. Dekat je dengan rumah mak mentua tapi tak pernah singgah hehehe..
Dekat juga dengan rumah aku tu. Heeee..... Pergilah, mesti Umar ngn Nawal excited tengok binatang.
Post a Comment