Thursday, October 08, 2009

:: Marah ::

Assalamualaikum....
Kali ni saje nak cerita pasal Razi yang dah 2 tahun 7 bulan. Perangai makin tak dijangka. Ngee..Baru-baru ni masa nak hantar ke taska pagi2, dia leh merengek "Nak pergi rumah opah..nak pergi rumah opah.." Aku pujuk gak, ajak pergi sekolah. Sampai ke taska, masa aku nak pas Izzat ke cikgu, Razi boleh berlari sampai ke luar pagar. Berlari ke kereta...sambil menangis2. Aku pun berlari jugak le ke kereta, dah ke tepi jalan. Hai..sabo je ler, punyalah excited dia nak gi ke rumah opah dia..Dia punya nangis, memang real la. Menitik2 air mata. Elok masuk dalam kereta, tersengih2 tunjuk gigi. Sabo je ler aku ni. Nasib rumah opah dekat. Kalau suh hantar gi rumah nenek, mau lambat aku masuk opis. Huhu...
Lately, aku jadi sangat pemarah. Orang bergurau pun aku jadi sensitif. Aku ni dahla memang jenis sensitif. Entah, baru-baru ni keadaan memang menguji aku punya kesabaran betul. Semua orang aku marah. Sampai aku pernah tertumbuk budak lelaki belakang aku gara-gara dia baca ym aku dari belakang, aku tak perasan. Kena sedebik kat kepala dia. Nasib dia tak balas balik. Kalau tak, mau lebam kepala aku...Dia cuma cakap nada sedih..mak saya pun tak pernah pukul kepala saya tau kak su. Baru aku macam tersedar.. Ya Allah...aku mintak maaf sebab tak sengaja pukul, tapi aku sound jugak lain kali jangan baca ym orang. (Hari ni dia baca lagi ym aku. Aku tengah ym ngn zura masa tu. Tak insaf lagi lah hai...)
So, sekarang ni asyik Razi je le kena marah. Ayah dia kena tempias je, sebab selalu balik kul 2-3 pagi. Aku pun dah tidur masa dia balik. Razi takleh buat salah sikit, mesti kena. Padahal dia nak bermanja je dengan aku. Kesian lah..... Kalau ada kat rumah opah, opah ler tukang pujuknya. Kalau kat rumah sewa, mula2 je aku marah, bila aku tengok balik muka dia yang sebek tu. Aku panggil balik, suh duk atas riba. Hehehe...
Sekarang ni, aku cuba nak control marah aku pada Razi dan abang. Asyik nak marah je. Bukan marah dengan diorang. Cuma emosi aku mcm tak stabil je lately ni. Berangin je. Dua tiga hari ni, aku ada berfikir gak, aku marah2 pun, aku sendiri yang sakit hati. Mungkin semua ni ujian untuk aku. Aku amik masa yang lama betul untuk aku sedar yang situasi aku sekarang ni semuanya ujian. Hidup ada ujian masing-masing yang berlainan. Ujian untuk aku kali ni, bukanlah seteruk orang lain. Memang kalau ikutkan tak teruk pun berbanding orang lain. Cuma aku jenis yang suka pikir dalam sangat. Benda mengarut2. Hai...Harap2 aku dah tak marah2 sangat. Aminn..Sakit gak dada aku bila selalu marah sangat.
Ini gambar masa bawak Razi berbuka kat Dewan Perdana, Felda. Behave sangat2.
Masa bawak dia gi mandi kat Sungai Kelah, Sungkai. Entah apa yang dia tunjuk ntah. Gambo atas pun dia menunjuk gak.

*Tak lama je lagi rasanya Razi dah nak masuk tiga tahun, kan? Cakap dah pandai berlawan (maksud aku berinteraksi). Melawan pun ye jugak. Hehehe...

~ s u h i d a ~

4 comments:

Ryn said...

uishhh...garang eh ko..
ko tensen ngn keje kot tu yg terbawa2 tuh..relax2..bercuti dgn hepinya..

suhida said...

ryn: tu ar,asyik na marah je.agaknye sebab tak period2 lagi.efek kot.hahaha...

Werdah said...

Salam,

Kan mak suruh banyak2 baca doa atau baca a'uzubillah.....

Kesian cucu mak tau

Ibu Mifzal said...

hehe..aku bc post ko ni kan su..aku cam terasa jek..sbb aku pun suka marah2 gak ..tu la..mangsa marah aku adalah mifzal n abah mifzal la..huhu...cuma kebelakangan ni jer..aku slow down sket..walau tension mcm mana sekalipun..aku cuba x lepaskan kat mifzal n abahnya..n alhamdulillah..aku rs cam hilang sket emosi yg x stabil tuh..maksudnya..marah cemana pun..try control..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...