Bergambar dgn razi kat Bukit Tinggi Pahang,celebrate bday ayahnya 25 Disember 2007. Siang tu kitorang hepi 1 famili jalan2 sbb sblm ni tak pernah ada kesempatan na celebrate bday abang sbb abang keje shift. Tak sangka mlm tu kitorang semua bersedih atas kehilangan abah mertua yg terlibat dlm kemalangan dalam perjalanan na makan beramai2 celebrate bday abang. Semoga roh abah dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Amin..Start dari akhir tahun lepas,tiap2 bulan aku terima khabar kematian sedara mara dan tak sangka abah pun pergi mlm tu tanpa disangka..Mari kita sedekahkan Al Fatihah bagi mereka.
Rasanye baru tak sampai 10minit bercakap dengan arwah malam tu, dlm perjalanan..kereta arwah bertembung dgn kereta india mabuk. Last sekali aku bercakap dgn arwah, masa na pakaikan Razi stokin masa arwah tgh dukung Razi. Hari-hari melihat abang,dia seakan tabah dan redha dengan pemergian arwah abah.
Tapi kalau aku pun,mesti emosi punyela..tak bersedia lagi nak kehilangan mak dan abah. Mampu ke aku tabah untuk melihat sesiapa dalam keluargaku pergi. Satu persatu wajah mereka muncul dari abah, mak, abang-abangku, adik-adik ku, ke keluargaku sendiri. Adakah aku cukup kuat untuk melihat mereka pergi. Adakah aku kental lebih2 lagi kalau suami dan anak ku sendiri? Jawapannya tidak. Aku masih belum sanggup melihat sesiapa pergi kerana rasanya belum cukup masa yang dapat ku bersama diri mereka...

Razi 6 bulan dan arwah atuk..Sayang atuk..Doa utk atuk ye..Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah..
Sayangnye arwah pada Razi xtau na describe cane. Malam tu teringat balik cara dia memeluk Razi, tak lepas2 dari dalam rumah sampai la ke luar rumah, peluk seerat2nye seakan2 tau masa berpisah semakin hampir. Kita boleh rasa ke haa klu kita da hampir dgn kematian? Ajal maut di tangan Allah, tapi mampu ke kita hadapi maut tu? Sbb tu kdg2 aku mengelak pikir pasal mati. Huuu...takut....
~ s u h i d a ~
No comments:
Post a Comment