Friday, June 28, 2019

Kelas Make up

Assalanualaikum... Seumur hidup aku, pernah mekap proper hanya beberapa kali je termasuk masa tunang dan kahwin. Time lain, memang aku tak pandai. So, hari tu saja belajar mekap dengan kawan opis. Dia memang mua. So sini aku tepek hasil lepas dari belajar mekap.


Gambar sebelum




Gambar selepas.. Giteewww 😍😍


Wednesday, May 29, 2019

Update 2019

Assalanualaikum dah lama tak jengah blog sendiri.. Hahaha.. Sekalisekala datang jugak menjenguk sebab boleh recall kejadian kejadian lama, tengok balik gambar2 lama sebab ada gambar yang hilang almaklumlah hp banyak kali dah rosak. 😜

Sekarang dah tahun 2019, dah senang eh update blog pakai hp. Best best.. Nk update apa ye? Hmm tahun ni razi dah darjah 6, Izzat darjah 5 dan farhan comel dah darjah 2. Masing-masing dah besar. Paling ketara besar bagaikan johan, izzat ler. Padahal dulu slim melim sebab asma. Asma izzat ada lagi alhamdulillah dah jarang-jarang kena. Doa mak semoga Izzat clear dari sakit asma ye sampai bila2.







Sunday, February 12, 2017

:: Tahun 2017 wow ::

Tiba2 malam ni rasa nak jenguk blog lama ni. Wow dah lama ku tinggalkan. :)

Tangan gatal nak menulis balik. Takpela takde orang nak baca pun, at least aku boleh simpan kenangan disini.

2017, masih tiga orang anak lelaki. Tidak bekerja. Berat 72kg. Ahaks... Menternak lemak dengan jayanya.

Monday, April 28, 2014

:: Meeting Point Zoo Negara ::

Aku suka kalau nak jumpa sesiapa yang kalau aku nak pass barang ke atau nak received barang ke, meeting point mesti kat depan zoo negara. Senang orang nak cari. Sebab bila orang tanya aku nak jumpa kat mana, bila aku jawab Taman Permata, confirm orang tanya kat mana tu. Then nak bagi orang cepat tangkap kat area mana, bagitahu ler dekat area zoo negara. Ohh.. kat zoo tu ye. :) Tak glamer rupanya ye Taman Permata ni. Hehe..

Anak-anak lah yang paling seronok kalau pergi situ. Entrance je pun diorang dah seronok tengok patung-patung binatang yang ada kat situ. Macam dah lama tak jalan-jalan dalam zoo. Last pergi masa Farhan dalam stroller lagi. Macam nak pergi lah kalau macam ni. Nak tengok reaksi Farhan bila tengok binatang-binatang ni. :)


Ecece.. Farhan posing gitu..

Nampak matured pulak muka korang. Nape ye.

 Baru perasan ada buaya tersadai depan zoo ni.

Apa lah yang diorang berdua tengokkan tu.

Saturday, April 19, 2014

:: Trip Pi Penang ::

Pergi Pulau Pinang rasanya bulan Februari kot. Ikut rombongan pengantin sepupu abang. Dapatla jalan-jalan sekali.
Mesti naik feri kalau nak masuk Penang.

Excited anak-anak. Mula-mula takut nak berdiri kat tepi. Lama-lama suka pulak.

Sebelum balik KL, kitorang singgah bukit bendera dulu. Baru buat kot ni. Join la sekali buat. Tapi mahal kot mangga ni beli kat sana.. sape2 nak pergi bukit bendera, siap-siap dulu beli solex dari rumah. Hehehe...kaler siap-siap. Sampai sana sangkut terus.

Ni kitorang punya mangga. :) Next time kalau pergi Penang boleh lah cari mangga kitorang ni. Hehehe...

Thursday, April 17, 2014

:: Gambar Dengan Anak-anak ::

Saja-saja scroll gambar lama-lama kat fb. Jumpa gambar dengan anak-anak. Saja nak upload sini perubahan dari anak sorang ke anak dua orang ke anak tiga orang. Hehe...
Dengan razi tahun 2008. Rasanya masa ni razi baru belajar tatih. Masa ni ada Izzat dalam perut.
Tahun 2009 kot masa ni. Aih..kalau lah aku seayu dulu sekarang ni. Hahaha...
Ini tahun 2011 masa pergi Melaka.
Agak-agak lepas ni akan ada ke gambar tambah lagi sorang? Hehe..harap juga.. tapi tengok lah kalau ada rezeki. :)

Tuesday, April 15, 2014

:: Termenung ::

Pernah sekali aku termenung jauh masa kat kedai goreng pisang menunggu orang menggoreng pisang. Jauh sangat aku teringat balik sampai terhenti bila abang kedai tu tegur... "Jangan termenung dik...." Tersengih kejap aku. Lepas tu dia sambung "Kalau termenung masa depan takpe dik.. Jangan termenung kisah silam.." Aku sengih je... Macam tau-tau je..
Memang aku kuat mengelamun sekarang ni. Sampaikan bawak kereta pun dah auto pilot. Sedar-sedar dah kat jalan lain. :)
Terima kasih abang kedai.. Akan ku ingat pesanan mu itu....

Sunday, April 13, 2014

:: Impian Aku ::

Aku nak rumah besar siap ada surau dan gymnasium dan kolam renang of course. :) walaupun tak pandai berenang. Hehe...
Aku nak anak-anak aku jadi anak yang soleh, beriman dan berjaya di dunia dan di akhirat.
Aku nak perniagaan WardahWardrobe berkembang dan berjaya membuka butik WardahWardrobe pada tahun 2016.
Aku nak kami mampu mengerjakan umrah dan Insya Allah mengerjakan haji juga.
Aku nak bebas...tak nak dibelenggu ketakutan menghadapi cabaran.
Aamiin..

Tuesday, April 08, 2014

:: Izzat Sukan 2014 ::

Izzat dan Farhan sekarang dah pindah sekolah tahun ni. Sekolah kat Pasti. So Izzat merasa lah acara sukan besar-besaran masa tadika. Memang meriah sebab semua tadika pasti kat gombak ni berkumpul. Acara sukan kat padang taman sri gombak kot. Hee...tak pasti lak aku.
Jadi pahlawan ye korang.

Tengah siap sedia nak masuk perbarisan.

Acara bacaan doa, ikrar dan nyanyi lagu Negaraku & Pasti.

Tengah aerobik.

 Beratur sebelum start lari. Alhamdulillah duduk lane tepi. Senang nak amek gambar. :)

Ada gaya tak? Heee...

 
Izzat cuba posing sikit. :))
Overall ini first time Izzat join sukan besar-besaran. Merasa jugak ye.

~ s u h i d a ~

Sunday, April 06, 2014

:: Status Terkini Life Aku ::

Ewah..tajuk macam konon artis..huhu... Sebenarnya aku baru resign dari opis kat mont kiara tu bulan Disember 2013 dan decide untuk kerja dengan member aku. Reason nak more time untuk fokus pada WardahWardrobe. Juga nak mencari keberkatan dalam rezeki. Memang sedih sangat-sangat masa last day kat edp. Sebab kat situlah aku dapat geng paling best dan memahami. Gaduh sikit-sikit tu biasalah... petang ni gaduh..esok pagi macam tak ada apa berlaku. 


Sedih..tapi setiap orang ada matlamat hidup masing-masing kan. Lagipun setiap pertemuan pasti ada perpisahan. 
Selfie kejap. Now aku masih lagi Interior Designer tapi bekerja dengan member aku. Banyak kerja luar opis. Pergi site, cari barang. Dah jarang duduk depan komputer. Harap jangan hilang skil autocad aku. Huhu... 
Walaupun macam best je tak duduk kat opis...tapi sebenarnya sangat-sangat penat sekarang ni. Banyak masa aku atas jalan je. Driving sambil reply whatsapp, email itu biasa dah. Makan kfc sambil driving pun biasa. :))

~ s u h i d a ~

Thursday, April 03, 2014

:: Anak Bongsu Mak ::

Rasa macam sikit sangat cerita pasal anak bujang aku yang paling kecik ni, Ahmad Farhan. Semuanya salah mak sebab mak malas nak update blog. Hehehe...

Farhan dah nak masuk tiga tahun. Muka manja tapi perangai lasak. :) Suka ikut apa yang abang Izzat buat. Kira geng dengan Izzat lah ni. Tapi ok lah, tak berapa nak manja. Pandai bawa diri. Tak lah jenuh mak stress kalau asyik nak menyendeng je kan. 

I love you Ahmad Farhan. Jadi anak bongsu mak lah ye. :)

Pagi tadi jenuh nak kejut.

Diorang ni kalau jumpa kerusi urut bayar tu memang tak sah kalau tak main.

I sedih sangat mak... hehe..

Mr. Ahmad Potato

Dua seringgit.. dua seringgit.. :)

~ Suhida ~

Wednesday, April 02, 2014

:: Done Mission Accomplish ::

Dah siap dah pun renovation rumah client. Alhamdulillah. Walaupun banyak juga cabaran dan dugaan. Dapat kontraktor putar alam, sakit jiwa je masa mula-mula handle projek ni. Tapi slowly Alhamdulillah semuanya setel dengan selamat.


Design rumah orang best je kan..lagi-lagi kalau owner memang takde masalah dengan bajet. Hati ni teringin nak buat rumah sendiri cantik-cantik. Insya Allah satu hari nanti pasti tercapai impian aku, aamiin...


Living Hall. Carpet ni join dua sebenarnya. Saiz lebih kurang 10' x 14'.

Dining Area. Kerusi pakai material pu. Sekali terkena sambal..terus melekat. Haih..

Master bedroom.

~ s u h i d a ~

Sunday, March 30, 2014

:: Shopping ::

Terkini baru je setel design and built interior rumah corner lot tiga tingkat. Shopping barang deco penat rupanya. Hehe.. first time aku shopping hiasan deko untuk client. Berhari-hari juga.
Tapi best sebab dapat round viva home tu. Selalunya terperap je dalam opis.
Ni antara deco item yang kitorang servey.







Friday, March 28, 2014

:: Usia dan Masa ::

Sedar tak sedar tahun ni 34 dah aku... Mula terfikir apa erti hidup aku selama dah 34 tahun ni. Rasa banyaknya dosa terhimpun dan boleh kira sikitnya pahala aku. Itu pun kalau ada....
Niat nak baiki diri dari tahun lepas..tapi masih lagi di level yang sama. Kekuatan cumalah berkata dalam hati, ini ujian Allah pada aku.. ujian yang tak besar mana pun kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Bersabarlah dan cuba beri yang terbaik. Ikhlas....terasa besarnya makna ikhlas tu bila benar benar diuji..
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami dan limpahkanlah rahmat Mu pada kami.. sesungguhnya Kau lah maha pengasih lagi maha menyayangi.


~ s u h i d a ~

:: Tak Boleh Tidur ::

Mata tak dapat lelap..
Rindu untuk menulis di blog.
Sedar tak sedar dah dekat 6 tahun berkecimpung dengan blogging. Cuma lately je tak update update.

Latest sambut birthday Razi yang ke 7. Izzat pulak next year darjah 1. Farhan dah nak masuk 3 tahun dah. Baru 2 tahun lebih tapi perangai dah macam budak besar je. :) tak takut rotan langsung.
Rindu betullah zaman blogging. :)


~ s u h i d a ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...